Program bicara santai Klik Dengan Bijak Maklumat Palsu dan Oversharing oleh Pusat Internet Komuniti Daerah Bau secara Live.

31 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Oktober (Jumaat), telah diadakan Program bicara santai Klik Dengan Bijak MaklumatPalsu dan Oversharing oleh Pusat Internet Komuniti Daerah Bau secara Live bersama-sama dengan pengguna Pusat Internet Komuniti Daerah Bau yang merangkumi Pusat Internet Komunit Skio,Pusat Internet Komuniti Krokong,Pusat Internet Komuniti Bogag,Pusat Internet Komuniti Sibuluh, Pusat Internet Komuniti Serasot dan juga Pusat Internet Komuniti Tanjung Bowang. Program bicara santai Klik Dengan Bijak dianjurkan melalui aplikasi Live StreamYard. Taklimat ini telah diadakan selama 1jam iaitu bermula daripada pukul 2:30pm sehingga 3:30pm.

Taklimat ini bertujuan untuk memberikan pendidikan terhadap pengguna internet agar sentiasa berhati-hati dengan apa yang dikongsikan di media sosial serta tidak terlebih kongsi maklumat yang tidak sepatutnya di alam maya serta mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika terhadap pengguna lain. Taklimat ini meliputi Maklumat Palsu dan Oversharing dan turut diadakan sesi soal jawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali